Objektif dan Isi

 OBJEKTIF KESIHATAN DAN PERPADUAN 

Memupuk kesedaran mengenai amalan hidup sihat dalam rakyat Malaysia. Menggalakkan persekitaran yang sihat serta mengurangkan penularan penyakit. Meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan rakyat Malaysia. Memupuk sikap positif dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap kesihatan.



ISI-ISI DAN CONTOH

1)Kebersihan hidup berjiran

-Dalam masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan yang hidup berjiran, kebersihan sering menjadi topik utama dalam perubahan setiap masyarakat mahupun kaum. jikalau ada kawasan perumahan yang tidak bersih atau berlaku pencemaran, ia boleh menimbulkan penyakit berbahaya seperti demam denggi dan kencing tikus. Oleh itu, ia boleh menyebabkan pergaduhan atau permusuhan antara kaum kerana masyarakat akan saling menunding jari antara satu sama lain.

 -Seterusnya perpaduan antara kaum semakin pudar. Disebabkan itu persekitaran yang bersih menjamin kehidupan yang sihat dan masyarakat hidup dengan aman dan harmoni. Oleh itu, perbalahan mahupun pergaduhan antara kaum dapat dielakkan.

-Sebagai contoh, di era norma baru yang sedang kita hadapi sekarang ini, disebabkan penularan virus covid-19 perpaduan juga dapat dicipta melalui kerjasama barisan hadapan dan juga masyarakat  tidak kira kaum bersama-sama  menjalankan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mencegah virus ini tular dengan lebih pesat.

 -Melalui perpaduan ini, Malaysia dapat dilihat sebagai negara yang makmur dan harmoni dengan masyarakat pluraliti dan itu tidak menjadikan ia satu beban atau masalah tetapi ia mampu menjana negara ini sebagai sebuah negara hebat. Di samping itu, ia dapat membasmi penyakit berbahaya juga permusuhan antara kaum mahupun negara kerana sifat perkauman adalah utama negara.


2) Sektor ekonomi

-Dalam sektor ekonomi, ahli perniagaan tidak kira bangsa sama ada Melayu, Cina atau India yang dermawan juga memberikan sumbangan yangbesar dalam penjagaan kesihatan. Mereka berganding bahu bersama masyarakat dalam menjayakan sebuah program sumbangan kebajikan kepada yang memerlukan. Contohnya, memberikan perkhidmatan perubatan, keperluan asas harian dan sedikit bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan.

-Selain itu, ahli perniagaan ini juga turut mengadakan ceramah pendedahan tentang kesihatan bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat berbilang kaum. Hal ini sekaligus, dapat memperkukuh perpaduan masyarakat di samping mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan penyakit kronik serta dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat

-Aspek perpaduan dan kesihatan kekal sebagai teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang maju. Penambahbaikan dalam penjagaan kesihatan ditumpukan kepada menangani keperluan penduduk yang kurang mendapat perkhidmatan, menambah baik  sistem penyampaian kesihatan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dan mempergiat kerjasama dengan sektor swasta dan NGO.

 3)Khidmat penjagaan kesihatan 

-Kesihatan yang baik adalah penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Oleh itu, Kerajaan terus komited untuk mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan berkualiti dalam tempoh rancangan dengan meneruskan usaha untuk menambah baik asas sistem kesihatan. Setiap rakyat Malaysia akan mempunyai akses yang sama kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti  pada kos yang berpautan yang disebabkan oleh penyedia perkhidmatan awam atau swasta. Aspirasi ini akan direalisasikan melalui meningkatkan sokongan yang bersasar, khususnya bagi masyarakat yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan.

-Akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti, terutamanya di kawasan dan masyarakat yang kurang mendapat liputan di bandar danluar bandar akan diperluas. Ini termasuk peluasan perkhidmatan kepada isi rumah miskin dan berpendapatan rendah, orang asli di Semenanjung Malaysia, dan kawasan luar bandar dan pendalaman di Sabah dan Sarawak.

-Langkah ini termasuk menempatkan lebih ramai pakar dalam bidang perubatan dan kesihatan serta personal berkemahiran, mewujudkan lebih banyak kemudahan penjagaan kesihatan di kawasan yang amat memerlukan, dan mengembangkan program jangkauan kesihatan. Sebagai contoh, pasukan penjagaan kesihatan bergerak, perkhidmatan doktor udara, dan sukarelawan kesihatan kampung akan diperluaskan di kawasan pendalaman.


 4)Perkhidmatan hospitaliti dan klinik 

-Seperti yang kita tahu, jika ada masyarakat yang sakit sudah tentu klinik atau hospital yang akan menjadi tempat kunjungan untuk memeriksa masalah kesihatan dan mendapatkan ubat. Tidak kira apa bangsa klinik dan hospital akan menjadi tempat rujukan setiap rakyat dalam mendapatkan rawatan terhadap sebarang masalah kesihatan yang dihadapi. Begitu juga dengan pengawai yang bertugas sama ada doktor, jururawat, pembantu hospital dan semua kakitangan hospital akan memastikan pesakit yang datang akan diberikan rawatan.

-Suasana ini berlaku di semua klinik dan hospital di Malaysia dan ianya sesuatu yang menjadi detik perpaduan dikalangan rakyat yang mesti diteruskan malah dibanggakan. Sebagai doktor ataupun jururawat, mereka tetap akan merawat pesakit yang datang walaupun berlainan bangsa dan agama kerana itulah tugas mulia yang harus semua rakyat berbangga khususnya ketika sesuatu wabak penyakit berjangkit melanda negara.

-Oleh itu, masyarakat tidak perlu bimbang hidup dalam negara Malaysia kerana rakyatnya yang tidak membezakan bangsa serta agama dalam segala urusan. Masyarakat tidak perlu  takut untuk berinterakasi dengan bangsa yang berbeza kerana kerajaan sentiasa memupuk sifat bertolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain. Dalam kes ini, kita dapat bekerjasama dalam mengurangkan penularan penyakit berbahaya.  


 

 

 

No comments:

Post a Comment

Penghargaan

  Penghargaan  Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan projek ini bagi memenuh...