Maksud kesihatan dan perpaduan

  MAKSUD KESIHATAN DAN PERPADUAN


Seperti yang kita sedia maklum, perpaduan di Malaysia adalah salah satu tonggak kepada keharmonian negara yang kita kecapi pada masa kini. Konteks perpaduan di Malaysia sangat luas kerana ianya wujud tidak kira dari segi kebudayaan, kesukanan mahupun kesihatan. Oleh itu, kami ingin berkongsi kepada anda mengenai perkaitan kesihatan dan perpaduan.

Kesihatan bermaksud keadaan sempurna dari segi fizikal,mental dan sosial dan tidak hanya seketika ketiadaan sakit. Dalam erti kata lain, kesihatan dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarakat atau kumpulan yang merujuk kepada perhubungan sosial yang mengaitkan antara sesama manusia (berlainan kaum, bangsa dan agama).

Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama antara organisasi dalam bidang kesihatan dalam memastikan masyarakat dengan tidak membezakan agama, bangsa dan kaum bagi memastikan kita emua dapat mengecapi kehidupan bermasyarat yang aman dan harmoni. Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya terdiri daripada pakar-pakar dan staf yang berlainan bangsa dan agama, bersama-sama berkongsi kepakaran dan kemahiran bagi memastikan kesihatan masyarakat terjamin. Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa disinilah titik permulaan perpaduan dan kesihatan ini berlaku.



No comments:

Post a Comment

Penghargaan

  Penghargaan  Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan projek ini bagi memenuh...